Bila aku.. seorang guru... Bhgn 4
smbgn bhgn 3..
Bayangkanlah anak murid aku selalu bertambah dari 32 jadi 34 org.. Ada murid baru masuk. Mestila byk cerita, cerita yg lebih kepada mcmana mendekati diaorg.. Tp klu nk dgr citer pasal mcmana jadi cikgu sekolah pun ada gak. Cerita yg lebih kepada pengurusan. Yg xjadi cikgu mgkn xtahu, bila dah jadi cikgu, mesti ada mesyuarat. Mesyuarat yg tanya prestasi anak2 murid. Bila ada murid dpt markah lebih, mereka (org2 atasan) akan tanya kenapa? bila murid dpt marak rendah, mereka akan tanya jugak kenapa jugak. Mcmana yg murid gred A jadi gred B, gred C jadi gred A, semua kena jawab. Pastu ada pemantauan dari org atas masa kita mengajar. Diaorg akan duduk kat blkg murid2, dan cara tgk aku mengajar dan berinteraksi dgn anak2 murid.
Alhamdulillah, dpt pujian dlm mesyuarat, kata org atas tu, interaksi aku dengan anak2 murid sgt bagus dan bhn mengajar aku sgt kreatif. Kebetulan masa dia dtg masuk buat pemantauan, aku mengajar bahasa Melayu. Aku buat karangan bergambar cerita Arnab dan Kura2.. Gmbr arnab, kura2, pokok semuanya murid2 boleh pegang dan rasa. Dan kami akan berbincang dulu sebelum mula menulis karangan.. So, seronok la murid2 aku..
Aku juga selalu belanja anak2 murid aku nasi bungkus. Aku bg pada murid yg cemerlang. Xkira la perangai diaorg ke, pelajaran diaorg ke, selagi murid2 aku jadi manusia yg lebih baik, aku belanja nasi bungkus. Semua org dpt merasa makan nasi bungkus yg mak aku buat. Hehe.. TQVM mom... Mestilah best dh bertahun2 mak aku bukak kedai.
Paling yang aku xpernah buat masa jadi cikgu nie.. ermm, bercakap masa perhimpunan.. Huhu..Xpernah aku bercakap pun. Huhu.. Malu. Kena belajar public speaking. Ermm.. dan yg paling best, dapat byk hadiah masa Hari Guru. Bkn takat murid yg aku ajar, yg aku x ajar diaorg pun, bg gak... Gembira la kan. Siap dua kali dtg sekolah ambik hadiah, byk sgt. Huhu.. Terima kasih anak2 muridku yg tersayang... Semoga ilmu dan pengalaman akan mendewasakan kita dan berguna untuk menjadikan kita manusia yang lebih baik. InsyaAllah.. Ameen.
p/s:This article is from my old blog --> http://perjalananlifeaku.blogspot.com
0 comments:
Please leave a message, email or phone number to be contacted.