TOP NEWS

Thank you for visiting my blog. Any activities 'copy and paste' material are permitted provided must state taken from this blog. This site contains personal stuff, trend and lifestyle, make over, shopping alert, printing, beauty by seewed, design website and telco product.

--->...We serve U Better...Our Service is..<---

Tuesday 8 January 2013

Cara Penyediaan & Pengambilan PMC

Fakta:  Kalau 


Cara Basuh dan Memasak Rumpai Laut Kering / Kolagen

1.Basuh kolagen mentah, ramas-ramas seperti basuh beras sebanyak 5-6 kali

2.Rendam kologen mentah yang telah dibasuh semalaman

3.Buang air rendaman tadi dan basuh sekali lagi 5-6 kali dan toskan

4.Campur sekitar 100gram kologen mentah dengan 2 liter air kosong untuk direbus. Kologen boleh juga dipotong-potong supaya lebih mudah hancur.

5.Rebus dengan api perlahan dalam 30-45 minit. Kacau hingga hancur

6.Boleh juga ditapis untuk memastikan sisa kologen yang tidak hancur dapat diasingkan.

7. Sisa yang tidak hancur jangan dibuang, malah ia juga boleh digunakan sebagai masker.

8. Sejukkan terlebih dahulu sebelum di simpan dalam peti sejuk (bukan di tempat sejuk beku). Simpan dalam bekas yang bertutup.


Cara Pengambilan


1. Waktu terbaik ambil semasa perut kosong (selepas bangun tidur dan sebelum tidur)

2. Ambil kolagen yang telah disejukkan dalam peti sejuk (ia jadi seperti jelly), ambil 3 sudu makan/besar dan masukkan ke dalam gelas. Campurkan dengan Madu Asli, Jus Buah-buahan (Sunquick) ataupun air buah.

3. Anda juga boleh makan begitu sahaja ataupun mencampurkan dalam masakan mengikut resepi anda sendiri.

 Tips

*Jangan minum kopi, nescafe, teh, berkarbonat atau minuman yang tinggi kandungan kafein selepas mengambil kolagen sekurang-kurangnya 3 jam, kerana minuman yang mengandungi bahan tersebut akan menyerap khasiat kolagen.
*Ambil bersama vitamin C untuk kesan yang maksimum dan cepat
*Banyakkan minum air kosong 2.5 – 3 liter sehari bagi melancarkan pembuangan toksin dan memaksimakan penyerapan kolagen oleh badan.




Siapa boleh makan PMC?


  • Lelaki dan perempuan.
  • Waktu period juga boleh makan.
  • Kanak-kanak yang berumur 2 tahun ke atas
  • Wanita selepas bersalin tidak digalakkan makan rumpai laut hingga selepas 2 bulanbersalin,anda boleh consume semula..
  • Ibu menyusu pun boleh juga, collagen ni tinggi mineral. (disarankan 1 sudu sahaja/sehari)
  • Ibu mengandung  (untuk kandungan 5-6 bulan keatas shj)  :-
    -Kulit baby jadi cantik
    -Ibu rasa bertenaga & tak mudah letih







0 comments:

Please leave a message, email or phone number to be contacted.