TOP NEWS

Thank you for visiting my blog. Any activities 'copy and paste' material are permitted provided must state taken from this blog. This site contains personal stuff, trend and lifestyle, make over, shopping alert, printing, beauty by seewed, design website and telco product.

--->...We serve U Better...Our Service is..<---

Thursday 10 January 2013

Pengeluaran Rumpai Laut Di Sabah Makin Meningkat

ARKIB : 09/11/2012Sumber:
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sabah_%26_Sarawak/20121109/
wb_05/Pengeluaran-rumpai-laut-di-Sabah-makin-meningkat#ixzz2HM9Vb0nr 
© Utusan Melayu (M) Bhd

KOTA KINABALU 8 Nov. - Jumlah pengeluaran rumpai laut di negeri ini pada tahun lalu meningkat kepada 24,000 tan metrik berbanding kira-kira 20,000 tan metrik pada tahun sebelumnya.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan negeri, Datuk Seri Yahya Hussin berkata, pencapaian tersebut berjaya mencapai sasaran ditetapkan dengan nilai jualan borong sebanyak RM66.2 juta.

"Dijangkakan pengeluaran rumpai laut kering akan terus meningkat pada tahun ini dengan adanya projek komersial yang diperkenalkan di bawah projek Bidang Ekonomi Utama Negara, (NKEA)," katanya di sini hari ini.

Menurut Yahya, pada masa ini Sabah merupakan satu-satunya negeri pengeluar rumpai laut jenis Eucheuma di negara ini, iaitu antara rumpai laut yang mempunyai kualiti terbaik.

Katanya, kini terdapat seramai 1,200 pengusaha rumpai laut dikenal pasti di negeri ini melibatkan kawasan sekitar 8,000 hektar.

"Dari segi pengeluaran sebanyak 88 peratus pengeluaran rumpai laut ini diusahakan oleh penternak di Semporna diikuti Lahad Datu (sembilan peratus) dan masing-masing Daerah Kunak dan Tawau (kurang tiga peratus)," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, bagi meningkatkan potensi industri itu, sebanyak 11 syarikat peneraju telah dilantik bagi melaksanakan konsep estet mini rumpai laut.

Katanya, kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan lebih RM12.3 juta bagi melaksanakan empat projek kluster rumpai laut termasuk menaik taraf penternak sedia ada.

0 comments:

Please leave a message, email or phone number to be contacted.