Bila aku.. seorang guru... Bhgn 1
Pada tahun 2002, saya telah berjaya menjadi seorang guru sandaran tidak terlatih (GSTT). Gembira sangat saya tgk mak ayah saya, bila saya menjadi seorang guru.. Guru kontrak jer.. GSTT plak tu.. Gaji pun RM669 jer.. Itu bagi kita, terlalu byk yg kita rasa xbest. Tp bg org lain, kwn2 kat kg, org2 kg, bila diaorg tahu kita ni dah jadi guru, diaorg respect kita.. Bukan sbb kita gaji lagi mahal dari dia (RM669 jer.. bkn byk mana pun), tp sbb jasa seorg guru tu xternilai. Sbb bagi sy, sy pun pernah menjadi seorg murid dan seorg pelajar kepada seorg guru.
Tapi bila kwn-kwn sy dapat tahu, saya jadi seorg guru, mereka dah xnak kwn ngan saya. Mereka kata saya lebih berjaya dari mereka dan mereka rasa taraf saya dan tidak sama. Dan saya kena la bgtau pada mereka, yea mgkn kerja sy nmpk tidak terlalu berat berbanding mereka yang keje kilang, tapi tanggungjwab saya lagi berat kerana perlu mendidik anak2 murid saya. Lagipun gaji saya lebih sikit daripada kwn2 sy. (Gaji lagi.. huhu..) So, dgn penjelasan itu mereka terus okay.. hehe
Ckp pasal gaji, RM669 setiap bulan, Hhhhmm.. mmg skit tp oleh kerana dkt jer ngan umah, galakan org sekeliling, aku terima jugak tawaran nie. Lagipun ini satu pengalaman. Tidak semua orang dapat merasa jadi seorg guru.
Nama pun GSTT, memang betul2 tidak terlatih.. Hari pertama aku masuk sekolah, Guru Besar sekolah petang bagi aku buku kedatangan kelas yang bakal aku pegang dan bagi jadual waktu mengajar. Lepas tu terus dia suruh aku masuk mengajar.. Kelakar mmg kelakar.. Bila masuk jer kelas, aku tersengih2 mcm kerang busuk Yela, semua mata 3+ orang anak murid kelas 3 Bijak semuanya memandang tepat ke arah aku. Seorg ketua kelas mmeberi salam, diikuti murid2 yg lain. Dan aku masih lagi tersengih2. Rasa mcm xpercaya aku jadi seorang guru dan mempunyai anak murid.
bersambung... ke bahagian 2....
p/s:This article is from my old blog --> http://perjalananlifeaku.blogspot.com
0 comments:
Please leave a message, email or phone number to be contacted.