TOP NEWS

Thank you for visiting my blog. Any activities 'copy and paste' material are permitted provided must state taken from this blog. This site contains personal stuff, trend and lifestyle, make over, shopping alert, printing, beauty by seewed, design website and telco product.

--->...We serve U Better...Our Service is..<---

Showing posts with label Berita PMC. Show all posts

Thursday, 17 January 2013

Nilai Perubatan 'Zamrud' Lembut


Oleh NURUL IZZA ROSLY


Sumber:
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0430&

pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm#ixzz2HMQGZWit 
Hakcipta terpelihara 



TERIK matahari yang memancar tengah hari itu langsung tidak melunturkan semangat sekumpulan pakar penyelidik dan penuntut institusi pengajian tinggi dari dalam dan luar negara untuk meredah laut Pulau Besar, Melaka bagi mencari khazanah alam itu.
Masing-masing tekun meranduk dan sekali-sekala menyelam sambil tangan pantas mencapai khazanah dasar laut itu.
Selepas berjam-jam meranduk, mereka kembali ke darat membawa hasil tangkapan tetapi bukan ikan atau harta karun, sebaliknya rumpai laut.
Hakikatnya terdapat pelbagai rumpai laut yang beraneka warna dan bentuk dibawa pulang oleh peserta Persidangan Taksonomi Rumpair Laut Asia Tenggara anjuran Institut Sains Samudera dan Bumi (IOES), Universiti Malaya (UM) itu.
Rumpai laut itu kemudian dikenal pasti dan dijadikan sampel rujukan ilmiah untuk mengkaji potensinya.
Rumpai laut termasuk dalam kumpulan alga. Alga terdiri daripada mikroalga (fitoplankton) dan makroalga (rumpai laut).
Mikroalga boleh hidup di dalam air tawar dan masin, manakala rumpai laut hidup di dalam air laut sahaja.
Terdapat kira-kira 380 spesies rumpai laut di perairan Malaysia. Habitatnya ialah di pesisiran pantai, pantai berbatu, pantai berlumpur, bakau, terumbu karang dan pantai berpasir.
"Malaysia kaya dengan rumpai laut kerana kedudukannya yang terletak dalam lingkungan Lautan Pasifik dan Laut Merah.



Ia merupakan salah satu kawasan megadiversiti di dunia yang mempunyai biodiversiti marin yang tinggi termasuk rumpai laut.
"Hampir 380 spesies rumpair laut yang terdiri daripada chlorophyta (rumpai laut hijau - 102 jenis), rhodophyta (rumpai laut merah - 185 jenis), phaeophyta (rumpai coklat - 72 jenis) dan cyanophyta (rumpai laut biru hijau - 32 jenis)," kata Pengarah IOES UM, Profesor Dr. Phang Siew Moi.
Pelbagai spesies yang bernilai tinggi belum dikomersialkan. Di Malaysia, hanya spesies Kappaphycus dan Eucheuma dikultur secara besar-besaran.
Siew Moi memberitahu, banyak kajian dan penyelidikan dijalankan bagi menentukan sebatian bioaktif daripada rumpai laut.
Setiap penemuan terbaru mengenai sebatian tersebut dikenal pasti dan diterbitkan dalam jurnal antarabangsa.
Kebanyakan sebatian bioaktif berfungsi sebagai antivirus dan antikanser, manakala yang lain boleh dibangunkan menjadi ubat tetapi ia mengambil masa bertahun-tahun lamanya sebelum dapat direalisasikan.
Dalam perubatan tradisional, kebanyakan rumpai laut digunakan oleh penduduk di Asia.
Sebagai contoh, nelayan akan menggunakan serbuk Halimeda untuk dicampurkan dengan air sebelum diberikan kepada kanak-kanak bagi mencegah cacing.
"Carraguard merupakan satu microbiocide yang dibuat daripada karrageenan. Ia digunakan sebagai antiviral untuk melawan HIV dan berfungsi sebagai kontraseptif di Afrika.
"Halimeda discoidea, Laurencia, Bryopsis dan Sargassum pula bertindak menghalang pertumbuhan sel leukemia, sel barah payu dara dan HIV," ujarnya.
Rumpai laut juga katanya, boleh menjadi sumber bio bahan api. Selepas diesktrak untuk mendapatkan agar, bahan buangan biomas boleh diperam atau ditapaikan untuk menghasilkan metana, metanol atau etanol.
Ia juga boleh digunakan sebagai sumber tenaga alternatif bagi menampung permintaan sektor pengangkutan negara.

 
Katanya lagi, Gelidium amansii (rumpai merah) boleh diproses untuk mendapatkan agar yang kemudiannya dijual untuk digunakan dalam industri makanan atau ditapai bagi menghasilkan bioetanol.
"Selebihnya boleh digunakan untuk menghasilkan metana atau jika kualiti fibernya tinggi, ia boleh digunakan untuk membuat kertas berkualiti tinggi.
"Penghasilan kertas daripada rumpai laut telah dilakukan oleh syarikat Korea iaitu Pegasus International.
"Di Malaysia, kebanyakan karrageenan dihasilkan daripada Kappaphycus atau Eucheuma yang dieksport atau digunakan untuk memproses makanan haiwan dalam tin, jeli, penstabil makanan dalam minuman tenusu, aiskrim dan banyak lagi," jelasnya.
Siew Moi memberitahu, rumpai yang boleh dimakan sebagai ulam atau salad ialah Eucheuma, Solieria dan Caulerpa lentillifera. Ia banyak dijual di pasar Semporna, Sabah.
"Spesies rumpai perang iaitu Sargassum, Padina, Turbinaria pula digunakan dalam sup Cina yang berkhasiat untuk menyejukkan tubuh, menyingkirkan toksin dalam badan dan sumber iodin untuk mengelakkan penyakit goiter.
"Di sebalik pelbagai khasiatnya, rumpai laut turut menghadapi pelbagai ancaman seperti pencemaran air laut, kesesakan trafik marin dan pemanasan global yang boleh merencatkan pertumbuhan dan mengurangkan daya tahannya terhadap penyakit," katanya.
Sementara itu, Pegawai Penyelidik Bahagian Akuakultur Marin, Jabatan Perikanan Malaysia, Adibi Rahiman Md. Nor memberitahu industri rumpai laut di Malaysia kini tidaklah sehebat negara jiran, Indonesia dan Filipina yang lebih dahulu terlibat dalam industri tersebut.
Katanya, dalam industri rumpai laut, ada dua cabang utama iaitu huluan dan hiliran. Bagi industri huluan, pengkulturan rumpai laut di Malaysia hanya boleh dilakukan di kawasan Semporna, Lahad Datu dan Kunak di Sabah.
"Mereka yang terlibat dalam dalam industri huluan ini terdiri daripada orang kampung dan syarikat swasta. Hasil tuaian akan dikeringkan dan dijual untuk tujuan semi proses.




"Di Malaysia, hanya ada dua kilang yang memproses semi refine karrageenan (SRC) yang terbahagi kepada dua iaitu gred makanan dan gred bukan makanan," ujarnya.
Tambahnya, kedua-dua bahan tersebut kemudiannya dieksport ke Jepun, Amerika Syarikat dan United Kingdom sebagai karageenan (RC) yang diproses.
Ia digunakan dalam industri pemprosesan daging, wain, bir, cuka, aiskrim, yogurt, sos, ubat gigi, losen, syampu dan kertas.
Negara-negara yang mempunyai teknologi pemprosesan SRC akan menjual produk akhir ke seluruh dunia termasuk Malaysia pada harga yang lebih tinggi.
"Industri rumpai laut di Malaysia sudah lama. Industri pengkulturan bermula sejak tahun 1970-an lagi dan kini negara kita merupakan pengeluar ketiga terbesar untuk sumber bahan mentah Kappaphycus dan Eucheuma selepas Indonesia dan Filipina.
"Menyedari bahawa industri rumpai laut mempunyai potensi yang besar, kerajaan telah membentuk Jawatankuasa Rumpair Laut Negara yang berperanan menilai projek-projek rumpai laut yang dijalankan sama ada di peringkat huluan atau hiliran melalui jawatankuasa teknikal," katanya.
Kini, Jabatan Perikanan sedang dalam usaha mengumpulkan pakar-pakar rujuk dalam bidang rumpai laut untuk membangunkan industri yang berpotensi tinggi ini.
Sehubungan itu, kerjasama antara pelbagai pihak seperti institusi pengajian tinggi (IPT), saintis dan agensi kerajaan sangat penting demi memajukan industri tersebut.
Buat masa ini, kawasan yang sesuai untuk menternak rumpai laut ialah Kunak, Lahad Datu dan Semporna di Sabah yang berkeluasan 7,535 hektar dan melibatkan 943 penternak.



"Bagi memastikan Malaysia mampu bergerak seiring dengan Indonesia dan Filipina, Jabatan Perikanan akan pertingkatkan program memperkenalkan variasi baru yang baik, cepat membesar dan dalam masa yang sama memperkenalkan sistem pengkulturan rumpai laut yang baik kepada petani supaya pengeluaran dapat ditingkatkan.
"Kita juga menggalakkan pelabur-pelabur swasta yang berminat untuk melabur dalam industri pemprosesan. Kita akan membantu mereka untuk memulakan projek tersebut," jelasnya.
Selain itu ada cadangan di bawah Jawatankuasa Rumpai Laut Negara untuk menubuhkan sebuah pusat penyelidikan di Semporna bagi menyalurkan maklumat kepada penternak atau pengusaha rumpai laut dan mewujudkan koperasi untuk kebaikan mereka.


14:00 Posted by Unknown 0

Keperluan Iodin Ketika Hamil


ARKIB : 25/05/2010
Oleh ZUHAYATI YAZID

Sumber:
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0525&pub=utusan_malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_02.htm#
ixzz2HMP578Po 
© Utusan Melayu (M) Bhd 





SEMUA ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka tetapi pada masa sama tidak mengetahui jenis nutrisi yang perlu diambil agar mendapat kesihatan yang optimum.

Bagi ibu mengandung, makanan yang terbaik diperlukan bukan untuk dirinya sendiri bahkan untuk bayi yang dikandung.

Justeru itu, ibu seharusnya makan mengikut keperluan bermula pada awal kehamilan bagi memastikan kandungan dan berat badan yang ideal.

Menurut Pakar Obstetrician & Gynaecology, Pusat Perubatan Pantai, Dr. Premitha Damodaran, pemakanan yang sihat sangat penting bagi mengelakkan kandungan mengalami masalah.

Banyak kajian telah terbukti bahawa kesan kekurangan nutrien asas di kalangan ibu mengandung boleh menjejaskan perkembangan otak bayi yang akan dilahirkan.

''Sebagai contoh kekurangan iodin dalam badan akan mengganggu proses pembesaran dan perkembangan saraf dan pembentukan sel-sel otak,'' katanya ketika ditemui pada pelancaran Blackmore Pregnancy Formula khusus untuk ibu mengandung baru-baru ini.

Menurut Dr. Premitha lagi, iodin adalah amat penting untuk normal otak dan sistem saraf bayi, terutamanya semasa hamil dan dalam tempoh dua hingga tiga tahun pertama kehidupan bayi tersebut.

''Makanan yang seimbang dapat membekalkan ibu dan bayi dengan nutrien-nutrien bagi memastikan pertambahan berat badan yang mencukupi sepanjang kehamilan,'' terangnya.

Katanya lagi, ramai beranggapan bahawa iodin sebagai larutan kuning cerah yang hanya digunakan untuk menyembuh luka, tetapi hakikatnya berdasar banyak kajian, mineral ini jauh lebih penting dalam kesihatan lebih-lebih lagi kepada ibu mengandung dan perkembangan bayi yang dikandung.

Selain itu, katanya, pemakanan yang baik juga dapat mengurangkan masalah semasa kehamilan seperti muntah-muntah, pedih ulu hati dan sembelit.

Jelasnya, keperluan untuk nutrien meningkat ketika hamil terutamanya semasa trimester kedua dan ketiga (iaitu minggu ke-12 hingga melahirkan).

"Iaitu seperti pengambilan makanan yang mengandungi tenaga, protein, vitamin B1, vitamin B2, vitamin B3, folat, vitamin A, vitamin C, vitamin E, kalsium, iodin dan zink.

"Peningkatan keperluan untuk zat besi juga terlalu tinggi sehingga tidak dapat dipenuhi melalui diet yang biasa sahaja.

"Selain itu, keperluan asid lemak (asid linoleik dan alfa-linoleik) perlu ditingkatkan untuk pembentukan janin sempurna," jelasnya.

Katanya lagi, kekurangan iodin semasa hamil dan semasa pertumbuhan kanak-kanak boleh menyebabkan kelewatan perkembangan yang mengakibatkan penurunan dalam prestasi mental.

Hal ini penting bagi hormon-hormon tiroid yang menyokong pertumbuhan dan perkembangan normal kanak-kanak.

Banyak kajian telah menunjukkan bahawa kekurangan iodin akan menyebabkan bayi yang dilahirkan akan menjadi terencat akal, pembesaran terbantut, pekak, bisu serta mengakibatkan lemah anggota badan.

''Banyak kajian telah menunjukkan bahawa kekurangan iodin merupakan salah satu sebab utama gangguan kemahiran motor, kelemahan otot, kecelaruan koordinasi dan kemahiran manual.

''Oleh kerana iodin diperlukan untuk perkembangan otak adalah penting untuk memastikan bahawa fetus, bayi dan kanak-kanak mendapat keperluan iodin yang mencukupi," katanya.

Bagaimanapun jelasnya lagi, oleh kerana iodin tidak disimpan dalam badan, ia perlu diambil setiap hari.

''Keperluan iodin adalah lebih tinggi bagi wanita hamil dan menyusu bayi. Wanita hamil dan menyusukan bayi memerlukan lebih banyak iodin berbanding orang biasa,'' katanya lagi.

Bagaimanapun tegas Dr. Premitha, sebahagian wanita tidak mendapat iodin dalam jumlah yang mencukupi dalam diet mereka semasa mengandung dan ketika menyusukan bayi.

''Kekurangan mineral ini boleh menyebabkan muka sembap atau bengkak, goiter (bengkak kelenjar tiroid), hipotidosrisme dan menjejas fungsi mental,'' katanya lagi.

Selain itu, akibat kekurangan iodin yang paling buruk adalah ia boleh menjejaskan fetus dan perkembangan bayi.

Malah menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WAO), kekurangan iodin merupakan insiden yang paling tersebar luas di dunia bagi kerosakan otak, tetapi yang mudah dicegah.

Justeru, pengambilan iodin sepanjang tempoh mengandung merupakan satu keperluan sama ada melalui diet pemakanan atau suplemen tambahan.

Katanya lagi, selain suplemen iodin, sumber lain yang menyumbang iodin dalam badan ialah ikan, daging, telur, susu, ayam, itik dan rumpai laut.
13:50 Posted by Unknown 0

Wednesday, 16 January 2013

Mi Sayur Rumpai Laut


ARKIB : 18/04/2011

Sumber:
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.aspy=2011&dt=0418&pub=utusan_
malaysia&sec=Agrobiz&pg=ag_04.htm#ixzz2HMLfPRqk 
© Utusan Melayu (M) Bhd 





Mi sayur diperbuat daripada rumpai laut memang tidak asing kepada mereka yang menjaga kesihatan dan pengamal makanan berasaskan sayur (vegetarian) di negara seperti Jepun dan Filipina.

Mereka mengetahui faedah kesihatan daripada rumpai laut ini dan telah menghasilkannya sejak sekian lama.  Kini, Universiti Malaysia Sabah (UMS) di Kota Kinabalu telah menghasilkan mi yang boleh meningkatkan kandungan serat dalam diet kepada lebih 30 peratus berbanding mi biasa.

"Mi biasa hanya mengandungi kadar serat sekitar 0.5 peratus sahaja," kata Pakar Sains Pemakanan UMS, Dr. Ismail Aswawi Kassim, Chan Pei Teng dan Norhafizah Ismail, yang memenangi pingat perak pada Persidangan dan Pameran BioMalaysia 2010 yang diadakan tahun lepas.

Produk berkenaan adalah hasil daripada penyelidikan mereka selama dua tahun yang mendapat tajaan daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Rumpai laut dari jenis Red Kappaphycus alvarezi dan Caulerpa lentillifera yang membiak dengan banyak di perairan Sabah terutama di pantai bahagian timur, dipilih untuk projek berkenaan berikutan kandungan kesihatan yang baik.  "Selain serat diet, rumpai laut ini juga kaya dengan sumber mineral, protein dan vitamin. Ia mengandungi jumlah lipid yang rendah dan jumlah Omega-3 yang mencukupi," katanya.

Kajian yang dilakukan di peringkat antarabangsa mendapati bahawa Omega 3, asid lemak yang penting, boleh membantu merendahkan trigliserida dan meningkatkan kolestrol HDL (kolestrol baik).  Ia juga boleh bertindak sebagai antikogulen dan mengelakkan pembekuan darah. Kajian juga menunjukkan bahawa Omega 3 boleh membantu merendahkan tekanan darah tinggi.  Patricia Matanjun, yang juga pensyarah kanan Teknologi Makanan dan Bioproses di universiti itu berkata, mi sayur yang dihasilkan mereka tidak mempunyai bahan penambah rasa atau pengawet.

"Tidak terdapat garam - ia amat rendah natrium, kerana ia akan meningkatkan hipertensi. Malah, tidak terdapat monosodium glutamate. Perasanya adalah dari amino asid dan semulajadi. Tidak terdapat pewarna tiruan - warna yang anda lihat adalah dari klorofil dan pigmen karotenod rumpai laut itu sendiri," jelas beliau.
Beliau yakin bahawa tarikan produk berkenaan terletak pada nilai anti-oksidannya yang tinggi.

"Antioksidan, seperti yang diketahui adalah baik untuk kesihatan yang berkaitan dengan jantung. Kajian kami menunjukkan bahawa kandungan anti-oksidan di dalamnya meningkat selepas dididih," katanya.
Mi berkenaan hendaklah dididih untuk selama lima hingga tujuh minit sebelum dimakan. Nutrien yang lain juga kekal stabil meskipun melalui suhu panas, demikian menurut Matanjun.

Dengan mengambil kira 30 peratus daripada hampir 28 juta penduduk Malaysia kini adalah vegetarian (beragama Buddha, Hindu dan lain), ia memang mempunyai potensi dalam pasaran.

Matanjun berharap dapat melihat hasil-hasil penyelidikan digunakan dalam perniagaan negara ini. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Masidi Manjun, dengan kapasiti sebagai anggota Exco Pendidikan negeri bersependapat dengan beliau pada Malam Apresiasi Penyelidikan UMS baru-baru ini.

"Kami bersedia untuk dikomersialkan namun kilang dan mesin kami hanya boleh menghasilkan jumlah yang kecil seumpama industri kecil.  "Oleh itu, kami memerlukan rakan kongsi. UMS akan menyalurkan teknologi dan formula, manakala rakan kongsi berkenaan akan mengendalikan pengeluaran dan pemasaran,''ujarnya.

Beliau turut menyatakan bahawa UMS telah menghasilkan 50 formula berasaskan rumpai laut yang boleh dikomersialkan pada bila-bila masa.  "Jadi senarai produk yang boleh diceburi oleh industri bukan hanya terhad kepada mi sayur sahaja", katanya.

Matanjun berkata, satu 'tinjauan rasa' melibatkan 100 pelanggan di pasar raya tempatan memberi maklum balas yang menggalakkan.  Sementara itu, Leong Kun Lan, seorang penganut Buddha dalam lingkungan umur 50-an dan seorang yang mementingkan kesihatan berkata, beliau sudah tentu menyukai mi sayur berbanding yang biasa.
"Sudah tentu saya menghargai produk yang dihasilkan sendiri oleh universiti tempatan kita.  "Namun rasanya juga hendaklah bagus dan harganya kompetitif. Pengiklanan juga perlu dilakukan untuk tujuan promosi dan penekanan hendaklah tertumpu kepada aspek nutrisi," katanya.

Mohammed Ismail, 20, seorang pembantu jualan di sebuah pasar raya berkata beliau memakan mi hampir setiap hari.  "Ia adalah makanan kesukaan saya dan mudah disediakan. Saya tahu ia bukanlah suatu yang sihat tetapi jika anda berkata bahawa mi rumpai laut ini berkhasiat saya sudah pasti memilihnya dengan syarat rasanya sedap dan tidak begitu mahal," katanya.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor UMS (Penyelidikan dan Inovasi) Prof. Dr. Rosnah Ismail, berkata, universiti itu sekarang ini mempunyai lebih daripada 20 inovasi yang telah dipatenkan.  "Saya gembira kerana akademi kita memberi tumpuan bukan sahaja kepada syarahan malahan kepada penyelidikan. Ia menjadi pelengkap antara satu sama lain.

"Kami menerima banyak sokongan bagi penyelidikan dalam bentuk pembiayaan daripada kementerian dan organisasi antarabangsa yang berkenaan,'' katanya lagi.
Apa yang kami sangat-sangat perlukan sekarang ini ialah sokongan industri agar dapat kami terjemahkan inovasi dan reka cipta kami kepada masyarakat atau yang memanfaatkan pengguna," katanya.

13:40 Posted by Unknown 0

Kaji Rumpai Laut


2010/09/08 - 08:30:01 AM Oleh Sazarina Shahrim
Sumber: Berita Harian Online


Kerajaan tubuh institut penyelidikan bangunkan industri 


PENUBUHAN Institut Penyelidikan Rumpai Laut Negara tahun depan dijangka memberi peluang institusi pengajian tinggi (IPT) meningkatkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) masing-masing dalam usaha mengukuhkan industri berkaitan dalam usaha memaksimumkan pengeluarannya.   Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar, berkata penubuhan itu dijangka menggalakkan penyelidikan yang sekali gus meningkatkan pembangunan teknologi sepanjang rantaian nilai pengeluaran produk berkenaan. 

Industri rumpai laut negara kata beliau, memerlukan usaha sama pintar antara universiti dan industri supaya ia dapat dijana secara lestari. 

Setakat ini, beliau berkata, industri itu hanya bertumpu di Sabah dan pengeluarannya dilaksanakan secara tradisional sedangkan potensinya sangat besar. 

“Justeru, penubuhan institut ini menguatkan pembangunan teknologi rumpai laut sekali gus memperluaskan kawasan industri ini di seluruh negara,” katanya selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Kerjasama Penyelidikan dan Pembangunan Rumpai Laut antara Jabatan Perikanan dan empat IPT. 

IPT berkenaan ialah Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS). 
Hadir sama, Naib Canselor USM, Prof Tan Sri Dzulkifli Abd Razak, Timbalan Naib Canselor (TNC) UMS, Prof Dr Rosnah Ismail dan TNC, UM, Prof Datuk Dr Moh Jamil Maah. 

Noh berkata, pihaknya akan menggembleng kepakaran institut penyelidikan kementerian dan bekerjasama dengan IPTA melalui program kerjasama R&D serta pertukaran kepakaran dalam pelbagai bidang kajian berkaitan. 

Katanya, kementerian juga sudah mengenalpasti kawasan perairan pantai yang sesuai dijadikan Zon Industri Akuakultur Rumpai Laut bagi memastikan potensi sumber yang ada dimajukan dengan projek pengkulturan secara terancang dengan sokongan infrastruktur kerajaan. 

Beliau berkata, antara kawasan yang dikenal pasti termasuk di Sarawak dan Semenanjung dalam usaha meningkatkan pengeluarannya yang mempunyai permintaan tinggi. 

“Kita mempunyai 20,000 hektar kawasan perairan di Sabah untuk industri akuakultur rumpai laut dan kini kita sudah mengenal pasti beberapa kawasan seperti Miri, Sarawak, Langkawi, Pulau Pangkor dan Johor. 

“Industri ini akan diperluaskan di seluruh negara dan institut itu kelak akan membolehkan kita menghasilkan rumpai laut berkualiti,” katanya.

13:32 Posted by Unknown 0

Monday, 14 January 2013

Perusahaan Rumpai Laut Makin Berkembang


ARKIB : 22/03/2012

Sumber:
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0322&pub=utusan_malaysia&sec=Sabah_%26_Sarawak&pg=wb_02.htm#ixzz2HMHG6400 
© Utusan Melayu (M) Bhd 



LAHAD DATU 21 Mac - Perusahaan pengkulturan rumpai laut atau dikenali sebagai agar-agar di kalangan orang tempatan merupakan satu cabang pertanian yang boleh dikatakan semakin berkembang pesat di kalangan nelayan di Sabah.

Ia mula diperkenalkan kepada nelayan-nelayan tempatan pada 1978 oleh sebuah juru perunding dari Amerika Syarikat iaitu Aquatic Resource Ltd. yang berpusat di Hawaii.  Pada 1980 seluruh pengendalian projek ini telah diambil alih oleh Jabatan Perikanan Sabah.  Spesies rumpai laut yang biasa diusahakan oleh para penanam di Sabah ialah 'Euchema cottonii' dan Euchema kappayayachus alvarezii'.

Pada masa ini terdapat tiga kaedah pengkulturan iaitu sistem pancang, rawai dan rakit.  Pada bulan lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan projek Mini Estet Sejahtera (Mesej) Akuakultur Kampung Nala yang melibatkan pengkulturan rumpai laut dan penternakan ikan baulu kepada 150 peserta Ketua Isi Rumah Termiskin (KIRT).

Projek rumpai laut telah bermula di Kampung Nala dan menjana pendapatan antara RM1,000 dan RM3,000 bagi setiap tuaian, manakala projek ternakan ikan apabila dimulakan dalam masa terdekat mampu menghasilkan pendapatan purata bulanan antara RM1,500 dan RM1,750 kepada setiap peserta.

Kerajaan negeri dengan bantuan Felda telah membina sebanyak 150 buah rumah dalam sebuah kawasan penempatan yang lengkap dengan kemudahan sosial lain seperti balai raya, klinik dan tadika.


13:20 Posted by Unknown 0

Sunday, 13 January 2013

Badan Penyelidikan Dan Pembangunan Rumpai Laut Disaran Ditubuhkan

24 Julai, 2009 12:19 PM

Sumber: Bernama



SEMPORNA, 24 Julai (Bernama) -- Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi mencadangkan supaya Sabah mewujudkan satu institut kajian dan pembangunan (R&D) khusus untuk penyelidikan rumpai laut.

Katanya institut seperti itu dapat membantu mengembangkan potensi industri rumpai laut sama ada dari aspek pengeluaran atau pemerosesan produk hiliran tersebut.

"Jadi mesti ada R&D iaitu badan penyelidikan yang akan memberi perhatian tentang bagaimana kualiti rumpai laut dapat dipertingkatkan dan bagaimana untuk membanyakkan lagi hasil pengeluarannya.

"Kalau ada badan penyelidikan kita akan tahu bagaimana kita boleh membuat sendiri produk berasaskan rumpai laut. Sekarang ini kita hanya menjual dan orang lain yang memproses.

"Kita perlu miliki semua kemahiran itu supaya pendapatan rakyat yang berkecimpung dalam industri rumpai laut ini dapat dipertingkatkan lagi," katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Pengkulturan Rumpai Laut di Look Butun, Pulau Bum-Bum dekat sini pada hari Jumaat.

Turut mengiringi Abdullah dan isterinya Tun Jeanne Abdullah dalam lawatan ke projek itu di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah ialah Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan Menteri di Jabatan Ketua Menteri Datuk Nasir Tun Sakaran.

Abdullah berkata potensi masa depan rumpai laut di Sabah amat cerah memandangkan permintaannya yang berterusan dan atas dorongan kegunaan bahan itu yang luas termasuk dalam bidang pemakanan, ubat-ubatan dan farmaseutikal.
Katanya kesesuaian pengkulturan rumpai laut di Sabah terutama di perairan Semporna, Kunak dan Lahad Datu merupakan rahmat Allah yang perlu disyukuri dan diberi perhatian sebaik-baiknya oleh rakyat.

"Pengkulturan rumpai laut ini kita tidak perlu bagi baja dan tak perlu beri makanan. Kita gantung saja dan lepas itu (tunas) rumpai laut akan bercambah menjadi banyak dan mengeluarkan hasil dengan cepat," kata beliau.

Mengulas mengenai kemampuan projek pengkulturan rumpai laut di Look Butun mengeluarkan kesemua kira-kira 80 pesertanya daripada garis kemiskinan tegar, Abdullah berkata projek itu berkesan dalam mengatasi masalah kemiskinan tegar.
Projek pengkulturan rumpai laut secara berkelompok di Look Butun bermula pada tahun 2001 dan kini pendapatan bulanan peserta berdasarkan harga semasa rumpai laut ialah antara RM1,000 dan RM1,300 sebulan.--BERNAMA
13:04 Posted by Unknown 0

Friday, 11 January 2013

Projek Kluster Rumpai Laut Sabah Bakal Lnjak Industri Rumpai Laut Negara

ARKIB : 03/11/2012
Sumber:
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121103/dn_25/
Projek-kluster-rumpai-laut-Sabah-bakal-lonjak-industri-rumpai-laut-negara#ixzz2HMAZyRnT
© Utusan Melayu (M) Bhd



SEMPORNA 3 Nov. - Projek Kluster Rumpai Laut Sabah yang dilancarkan di Semporna hari ini bakal melonjakkan industri rumpai laut negara sebagai industri berimpak dan bernilai tinggi kepada negara menjelang 2020.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, berdasarkan pelan dan tindakan yang digariskan di bawah projek Bidang Ekonomi Utama Negara itu, industri rumpai laut di Sabah, khususnya di Semporna yang kini diiktiraf sebagai "Daerah Pengeluar Rumpai Laut Negara" akan ditransformasi menjadi industri penting negara. - BERNAMA










12:50 Posted by Unknown 0

Thursday, 10 January 2013

Pengeluaran Rumpai Laut Di Sabah Makin Meningkat

ARKIB : 09/11/2012Sumber:
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sabah_%26_Sarawak/20121109/
wb_05/Pengeluaran-rumpai-laut-di-Sabah-makin-meningkat#ixzz2HM9Vb0nr 
© Utusan Melayu (M) Bhd

KOTA KINABALU 8 Nov. - Jumlah pengeluaran rumpai laut di negeri ini pada tahun lalu meningkat kepada 24,000 tan metrik berbanding kira-kira 20,000 tan metrik pada tahun sebelumnya.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan negeri, Datuk Seri Yahya Hussin berkata, pencapaian tersebut berjaya mencapai sasaran ditetapkan dengan nilai jualan borong sebanyak RM66.2 juta.

"Dijangkakan pengeluaran rumpai laut kering akan terus meningkat pada tahun ini dengan adanya projek komersial yang diperkenalkan di bawah projek Bidang Ekonomi Utama Negara, (NKEA)," katanya di sini hari ini.

Menurut Yahya, pada masa ini Sabah merupakan satu-satunya negeri pengeluar rumpai laut jenis Eucheuma di negara ini, iaitu antara rumpai laut yang mempunyai kualiti terbaik.

Katanya, kini terdapat seramai 1,200 pengusaha rumpai laut dikenal pasti di negeri ini melibatkan kawasan sekitar 8,000 hektar.

"Dari segi pengeluaran sebanyak 88 peratus pengeluaran rumpai laut ini diusahakan oleh penternak di Semporna diikuti Lahad Datu (sembilan peratus) dan masing-masing Daerah Kunak dan Tawau (kurang tiga peratus)," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, bagi meningkatkan potensi industri itu, sebanyak 11 syarikat peneraju telah dilantik bagi melaksanakan konsep estet mini rumpai laut.

Katanya, kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan lebih RM12.3 juta bagi melaksanakan empat projek kluster rumpai laut termasuk menaik taraf penternak sedia ada.
12:50 Posted by Unknown 0

Wednesday, 9 January 2013

Bangunkan Mini Estet Rumpai Laut

ARKIB : 17/12/2012
Oleh ASHRIQ FAHMY AHMAD
ashriq.ahmad@utusan.com.my
Sumber:
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Agrobiz/20121217/ag_01/Bangunkan-mini-estet--rumpai-laut#ixzz2HM6NpzYp 
© Utusan Melayu (M) Bhd


Sabah sememangnya dikenali sebagai salah sebuah negeri yang memiliki hasil laut yang amat baik di Malaysia.

Malah, ia juga merupakan negeri utama yang mengeluarkan rumpai laut di negara ini.

Justeru, bagi meningkatkan produktiviti serta melonjakkan industri ini di peringkat antarabangsa pengukuhan serta peningkatan teknologi amat diperlukan.

Menyedari tanpa perkembangan teknologi yang bersesuaian, kemungkinan besar industri rumpai laut negara yang diterajui oleh negeri Sabah akan semakin merosot tindakan awal telah dirintis oleh Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Justeru, baru-baru ini, institusi berkenaan telah menandatangani Perjanjian projek Estet Mini Rumpai Laut antaranya bersama 11 syarikat peneraju didalam industri tersebut.

Menurut Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA), Datuk Mohd. Johari Baharom, perjanjian tersebut adalah untuk perlaksanaan Projek Permulaan Ke Tiga (EPP 3) di bawah Bidang Ekonomi Utama (NKEA) bagi sektor Agro Makanan.

"Perlaksanaan EPP 3 ini adalah berdasarkan kepada model pembangunan yang diterajui oleh syarikat swasta dengan sokongan teknologi yang disediakan oleh UMS.

"Pihak UMS telah menyediakan tenaga pakar dalam merumus model estet mini rumpai laut dan memulakan usaha-usaha awal untuk perlaksanaan projek," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis Menandatangani Perjanjian Projek Estet Mini Rumpai Laut Bersama Syarikat Peneraju di Kota Kinabalu, Sabah, baru-baru ini.

Kejayaan pemeteraian perjanjian tersebut juga merupakan hasil usaha oleh beberapa peringkat Jawatankuasa bersama Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sabah dan Jabatan Perikanan Negeri Sabah.

Melalui projek tersebut juga, pihaknya menyasarkan pembangunan hampir 20 buah estet mini meliputi kawasan seluas 3,000 hektar sehingga akhir tahun ini.

Tambah beliau, pihak kementerian juga telah bersetuju untuk memperluaskan skop perlaksanaan projek EPP 3 dengan mengambil kira skop bantuan kepada pengusaha sedia ada.





"Ia bagi meningkatkan kecekapan kaedah pengeluaran sekali gus meningkatkan kecekapan kaedah pengeluaran serta kualiti," katanya.

Buat masa kini, lebih daripada 95 peratus pengeluaran dunia bagi komoditi rumpai laut disumbang oleh negara Kawasan Pembangunan ASEAN Timur (BIMP-EAGA) yang melibatkan Indonesia, Filipina dan Malaysia khususnya negeri Sabah.

Di Malaysia, hampir 97 peratus pengeluaran rumpai laut dikeluarkan dari daerah Semporna, manakala selebihnya dari Lahad, Datu, Kunak, Banggi dan Tawau.

Pencapaian pengeluaran 100 peratus rumpai laut negara telah dihasilkan oleh negeri Sabah yang mencatatkan pengeluaran komoditi rumpai laut kering sebanyak 20.78 ribu tan metrik yang bernilai RM62.35 juta.

Jumlah pengeluaran komoditi tersebut telah meningkat sebanyak hampir 50 peratus pada tahun 2010 berbanding tahun 2009 dan terus menunjukkan peningkatan dari segi nilai pengeluaran.

Bagi tahun 2011, pengeluaran rumpai laut kering negara terus meningkat sebanyak 15 peratus kepada 23.94 ribu tan metrik dengan nilai RM66.2 juta.

Sememangnya pembangunan industri rumpai laut juga tergolong sebagai industri hiliran yang dinamik serta mampu memberikan sumbangan yang besar kepada Pendapatan Negara Kasar (KDNK).

Bagi menyokong pembangunan industri rumpai laut agar lebih dinamik, pendekatan dan konsep perlaksanaan estet mini rumpai laut yang diterajui syarikat swasta sangat disokong oleh kerajaan negeri.

Menurut Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Yahya Husin, terdapat dua lagi program pembangunan rumapi laut akan diperkenalkan oleh Jabatan Perikanan dengan kerjasama Jabatan Perikanan Sabah.

"Dua program tersebut adalah Projek Pengkulturan Skala Komersial dan juga Program Menaiktaraf infrastruktur para penternak sedia ada melalui perlaksanaan pembangunan kluster," katanya.

Namun, di sebalik segala usaha yang dilaksanakan kerajaan, adalah diharapkan agar para pengusaha, pelabur, penyelidik dan individu yang berminat dapat memanfaat dan merebut peluang tersebut.

Ia bertujuan agar dapat melonjakkan lagi potensi industri rumpai laut negara.

12:46 Posted by Unknown 0

Tuesday, 8 January 2013

Lose Weight by Eating This Food (Yes, Really)


March 23, 2010 at 8:05AM By Zoë Ruderman | 0 comments

Source:
http://www.cosmopolitan.com/celebrity/news/seaweed-fights-fat


There are people who are willing to do anything to shed a few pounds before bikini season—crazy cleanses, two-a-days at the gym, snack deprivation. Then there are those of us who want to enjoy food (and life) but still look good in a bathing suit. And if you fall into the second category, you'll be psyched to hear that researchers just identified a food that helps to reduce the amount of fat absorbed by your body.

What's the magic snack? Seaweed. According to researchers, it contains a fiber that stops you from packing on pudge, caused by fat and calories from other foods.

Nutritionists agree that this sushi restaurant staple is fat-blasting, but warn that it's often served loaded up with salt, which can make you retain water and look puffy. Avoid getting bloated by buying totally naked seaweed from the grocery store (sold in the frozen foods aisle) or asking your server to make sure your dish has no salt added.

And check out these other super easy ways to get rid of a few extra lbs.
16:50 Posted by Unknown 0

Penemuan Baru UPM Untuk Kesihatan Masyarakat


ARKIB : 02/01/2009
Oleh NAZRUL AZIM SHARUDDIN
Sumber:
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0102&pub=utusan_malaysia&sec=Sains_%26_Teknologi&pg=st_02.htm#ixzz2HMCQ0J3t 
© Utusan Melayu (M) Bhd 



KEWUJUDAN pelbagai jenis tumbuhan di muka bumi ini sebenarnya menyumbang banyak kebaikan dan kelebihan kepada organisme-organisme daripada pelbagai aspek.

Manfaat tersebut sememangnya tidak dapat dinafikan lagi kerana sejak sekian lama tumbuh-tumbuhan telah dijadikan sebagai sumber makanan tidak kira kepada manusia atau pun haiwan selain digunakan untuk tujuan lain seperti perubatan, perhiasan dan juga sumber tenaga.

Melihat betapa banyaknya sumbangan tumbuh-tumbuhan ini, penyelidikan terhadap potensinya terus dijalankan oleh banyak pihak bagi mencari lebih banyak penemuan baru dengan harapan dapat meningkatkan kualiti kehidupan manusia.

Universiti Putra Malaysia (UPM) misalnya merupakan antara institusi pendidikan yang sering menjalankan penyelidikan dan pembangunan terhadap produk-produk berasaskan tumbuh-tumbuhan.

Penemuan terbaru UPM adalah sejenis produk makanan dan sapuan yang dapat mempercepatkan proses penyembuhan luka dan kecederaan pada kulit, tisu atau organ serta menggalakkan pertumbuhan bulu pada badan.

Produk yang diberi nama Healex itu dihasilkan daripada ekstrak daun kelapa sawit, rumpai laut tropika dan daun keledek itu mampu meningkatkan kadar pengecutan, kematangan dan granulasi tisu luka dengan lebih pantas.

Menurut penyelidiknya, Prof. Dr. Suhaila Mohamed, sifatnya yang tidak toksik membolehkan pengguna menelan Healex sebagai makanan atau disapu pada bahagian yang luka untuk mempercepatkan kadar pemulihan kecederaan tisu.

''Jika dahulu kebanyakan kita makan ikan haruan untuk tujuan menyembuhkan luka, namun melalui penemuan terbaru ini, manfaatnya adalah lebih daripada itu.

''Aplikasi produk ini dijamin memberi banyak faedah kepada pengguna seperti meningkatkan produktiviti dan mutu kehidupan selain mengurangkan kos dan masa penjagaan penyembuhan sembuh,'' katanya pada taklimat media Hasil Penyelidikan UPM di UPM, baru-baru ini.

Selain memulihkan luka, Healex juga mempunyai kelebihan untuk membantu pengurusan penyakit seperti kencing manis, tekanan darah tinggi, kolestrol, penyakit kardiovaskular dan juga kanser.

Malah, produk yang mengambil masa penyelidikan selama setahun itu turut mempercepatkan proses pemulihan luka di kalangan pengidap penyakit kencing manis yang mengalami kadar penyembuhan yang lambat.

Dr. Suhaila yang juga profesor kanan Fakulti Sains dan Teknologi Makanan memberitahu, produk berkenaan sesuai digunakan oleh pesakit-pesakit diabetis kerana ia boleh mengurangkan kandungan gula dalam darah.

''Pada peringkat awal kajian Healex, ia telah diaplikasikan pada kulit tikus yang luka dan kadar pemulihannya menunjukkan peningkatan sebanyak 30 peratus berbanding kumpulan yang tidak dirawat dengan Healex.

''Pemulihan luka sebanyak dua sentimeter pada haiwan tersebut berlaku dengan lebih cepat iaitu pada hari ke-15,'' jelasnya.

Healex dihasilkan dalam bentuk kapsul dan juga minyak sapuan di mana ia boleh dijadikan sebagai makanan kesihatan tambahan dengan pengambilan satu hingga dua biji kapsul sehari.

Menurut beliau lagi, penggunaan Healex menyasarkan golongan pengguna di kalangan pesakit hospital yang terlibat dengan kemalangan atau menjalani pembedahan.

Pada majlis yang sama, Dr. Suhaila turut membentangkan penyelidikan keduanya yang dikenali sebagai Addex iaitu sejenis bahan perencat serapan minyak dalam makanan goreng yang pertama di dunia untuk tujuan kesihatan.

Addex dihasilkan daripada formulasi khas biophenol dari ekstrak tumbuh-tumbuhan yang digunakan dengan kadar 1:10 ketika dimasukkan ke dalam minyak masak.

Ia akan bertindak sebagai bahan anti oksida lemak semula jadi yang akan merencatkan penyerapan minyak oleh makanan sehingga 30 peratus.

''Kebiasaannya, kebanyakan pengguna sekarang menggunakan bahan sintetik untuk tujuan penyerapan minyak pada makanan goreng kerana ia juga bersifat anti oksida dan harganya juga murah.

''Namun, penggunaannya akan memberi banyak kesan buruk seperti merosakkan organ dan juga masalah kesihatan dalam jangka panjang,'' jelasnya.

Aplikasi produk tersebut juga mempunyai banyak kelebihan kerana ia tidak merosakkan minyak, malah mengekalkan mutu minyak masak yang digunakan sehingga penggunaan 40 jam atau seminggu.

Dari segi nilai kesihatan pula, Addex merupakan produk yang dapat menghalang masalah tekanan darah tinggi, anti alahan, anti kekejangan otot, anti kuman, anti kolestrol, anti bengkak dan juga anti kanser.

Penggunaan produk ini turut mengurangkan hidrolisis, masalah kegemukan, kolesterol tinggi, kanser dan penuaan yang disebabkan oleh pengambilan lemak berlebihan.

Berdasarkan kajian yang dijalankan selama setahun bermula 2006, Addex didapati mampu menyerap minyak sehingga 85 peratus pada keropok lekor dan 50 peratus pada donut.

''Ekstrak tumbuhan yang digunakan pada Addex menjadikannya berwarna hijau kegelapan dan ia akan mengeluarkan warna merah yang menarik apabila dicampurkan ke dalam minyak masak,'' jelasnya.

Produk yang membuatkan makanan goreng menjadi kurang merbahaya itu menyasarkan pengguna dari golongan pengusaha restoran dan juga katering.
13:01 Posted by Unknown 0

Hasilan Rumpai Laut

ARKIB : 17/12/2012oleh LAUPA JUNUS

Sumber: 
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Agrobiz/20121217/ag_02/Hasilan-rumpai-laut#ixzz2HM1gCn6D 

© Utusan Melayu (M) Bhd 




Rumpai laut telah dikenal pasti sebagai sumber ekonomi baru yang sedang dimajukan untuk memberi pendapatan kepada nelayan khususnya di Sabah.

Sejak Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) projek rumpai laut merupakan sebahagian daripada pembangunan industri akuakultur selain udang laut sebanyak 21 peratus, ikan laut (tujuh peratus), kerang-kerangan (50 peratus), lain-lain sebanyak satu peratus.

Industri rumpai laut disasarkan nilai pengeluaran 30,957 tan metrik atau peratusan sumbangan sebanyak 21 peratus.

Memandangkan industri rumpai laut dilihat sebagai satu sumber ekonomi yang boleh membantu nelayan meningkatkan taraf sosio ekonomi mereka, agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani giat menjalankan aktiviti pengkulturan rumpai laut.

Spesies utama yang dikultur ialah Eucheuma, iaitu sejenis spesies rumpai laut liar yang banyak terdapat di negeri Sabah.

Dua spesies utama ialah Eucheuma cottonii dan Eucheuma spinosum.

Spesies ini tumbuh dalam air tenang atau dalam air yang bergerak perlahan.

Eucheuma dipilih kerana berdasarkan kajian saintifik menunjukkan ia mengandungi bahan berguna yang boleh digunakan dalam proses asas biokimia dan bioteknologi.


Carrageenan merupakan produk yang diperoleh daripada rumpai laut yang banyak digunakan untuk pelbagai industri seperti farmaseutikal, kosmetik, kilang penapisan, pengawetan dan juga dalam industri pembuatan bahan letupan serta peluru

Sebab itu LKIM pesat menjalankan projek pembangunan di Sabah bagi membantu nelayan di negeri tersebut dan tujuan akhirnya ialah mengeluarkan produk-produk berasaskan rumpai laut.

Berdasarkan laporan yang diterbitkan oleh Jabatan Perikanan dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani berjudul Transformasi Industri Rumpai laut Negara, satu Jawatankuasa Pembangunan Industri Rumpai Laut Negara telah dibentuk pada 2008 dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha kementerian.

Pada tahun yang sama, Jawatankuasa Teknikal Rumpai Laut dibentuk yang dipengerusikan oleh Jabatan Perikanan.

Kedua-dua jawatankuasa tersebut masing-masing bertanggungjawab untuk menentukan hala tuju serta memantau dan menilai kemajuan program di peringkat nasional dan menilai cadangan program dan projek penyelidikan dan pembangunan termasuk industri hiliran dan huluan.

Jawatankuasa tersebut melibatkan beberapa institusi penyelidikan dan institusi pengajian tinggi (IPTA) antaranya, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia serta Universiti Putra Malaysia (UPM).

UMS mengetuai bidang industri huluan yang turut dianggotai oleh Jabatan Perikanan Sabah USM, Universiti Malaya (UM) dan UKM.

Bidang hiliran pula diketuai oleh oleh UKM dan dianggotai oleh Jabatan Perikanan Sabah, UMS, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Sirim Berhad, UPM dan USM.

Pembangunan industri huluan antaranya melibatkan pewujudan mini estet, pengkuluturan spesies Glacilaria sp dalam kolam dan pengkulturan Gelidium sp secara on line manakala kumpulan hiliran membangunkan sektor pemprosesan rumpai laut.
12:32 Posted by Unknown 0