TOP NEWS

Thank you for visiting my blog. Any activities 'copy and paste' material are permitted provided must state taken from this blog. This site contains personal stuff, trend and lifestyle, make over, shopping alert, printing, beauty by seewed, design website and telco product.

--->...We serve U Better...Our Service is..<---

Tuesday, 13 November 2012

Please love your parents..

Bila kita terbaca artikel pasal warga emas yang ditinggalkan, kita rasa sangat sedih dan geram dengan perbuatan anak mereka.  Tapi bila nenek atau atuk kita atau mak ayah kita asyik duk menelefon, asyik duk nak mengikut jer ke mana kita pergi kita rasa rimas.  Sedangkan kita xtahu pun apa perasaan mereka, apa yg mereka nak.  Ya, bukan setakat perhatian jer tp pernah xkita terfikir mungkin mereka xpernah merasa apa yang kita makan sekarang, bersiar2 di tempat yg kita pergi.  Yela, zaman berbeza2, klu dulu nk berutusan kena pakai surat, kena tunggu beberapa hari baru dapat khabar berita.  Sekarang dah ada telefon bimbit, bila2 masa jer mereka boleh tahu perkembangan anak2 mereka.  Tapi mereka tahu guna ke?  Kita sebagai anak yang lahir di zaman digital dan teknologi  nie, kena la selalu bertanya khabar.  Kalau dah nak menjenguk tu payah, telefon kan senang.

Pernah jugak aku lihat bila, mak si polan nie nak ikut jalan2, si polan nie xnak bg ikut.  Byk alasan katanya maknya cerewet, suka membebel, menyusahkan.  Hhmm.. ya, mmg betul, kita mmg la xsuka.  Tapi suka atau tidak mereka still parent kita.  Dulu masa kita kecik masih baby sampai la kita dewasa, mereka jugak yg menjaga kita tanpa rasa jemu.  Xsalah rasanya klu kita membahagiakan mereka sementara mereka masih ada.  Kita xtahu apa impian mereka yang masih belum mereka kecapi sebelum mata mereka tertutup.  Cuba kita bayangkan kita di tempat mereka.  Bayangkan, kita dah mempunyai anak, lepas tu mereka dewasa, dah kahwin dan kita sebagai warga tua tinggal sendirian.  Apa yang kita harapkan dari anak2 kita? Tinggal lagi, pada zaman tu kereta mungkin dah terbang.  Bangunan semua dah tinggi2, sebagai warga emas ke mana kita nak pergi? Sape yang nak bawak kita jalan2 klu bukan anak2 kita.

Ingat satu perkara je dalam hidup nie, kita juga akan melalui proses yang sama, iaitu hari TUA.  Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk membahagiakan mereka. Tapi bila kita TUA nanti jadilah warga yang bertolak ansur dengan anak2 jugak dan berfikiran positif.  Rasa tu sama walaupun zaman berbeza.

p/s:
Love your parents.
p/s:This article is from my old blog --> http://perjalananlifeaku.blogspot.com

0 comments:

Please leave a message, email or phone number to be contacted.